Tajaan Pemasaran
Kolaborasi melalui tajaan membolehkan kami menyertai inisiatif yang menyokong dan mengembangkan perniagaan kami. Ia juga mengeratkan hubungan kami dengan para pelanggan, rakan niaga, dan pemain industri.
Persefahaman yang terjalin di antara Kenanga dan penaja bertujuan untuk membina perniagaan yang lestari dengan cara yang bertanggungjawab secara sosial, sambil mengekalkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
Perkara yang penting bagi kami dalam satu cadangan tajaan ialah:
- Kerjasama yang mencerminkan nilai dan tujuan jenama kami.
- Inisiatif atau tujuan yang jelas, dengan pulangan dan manfaat yang dinyatakan untuk para penaja.
- Kerjasama yang menyokong matlamat kami untuk membina hubungan jangka panjang yang saling menguntungkan.
Untuk mengemukakan cadangan
Emel: groupmarcomm@kenanga.com.my
Memandangkan kami menerima banyak permintaan tajaan, hanya permohonan yang selari dengan objektif pemasaran dan perniagaan kami sahaja yang akan diberi maklum balas.