Pengendalian Aduan
Cara untuk membuat aduan rasmi.
Bagaimana untuk membuat aduan rasmi
1.1 – Anda boleh membuat aduan anda melalui mana-mana saluran di bawah:
- Lengkapkan dan hantar Borang Aduan Rasmi atau surat aduan bertulis kepada alamat di bawah; atau
- Khoo Mei Fang
- Equity Business Support
Kenanga Investment Bank Berhad
Level 10, Kenanga Tower,
No. 237, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
- Faks surat aduan bertulis/ Borang Aduan Rasmi kepada 03- 21722692; atau
- Buat aduan secara lisan melalui telefon kepada Pegawai Aduan di nombor telefon 03-21722888 Samb. 8686; atau
- Buat aduan di kaunter kepada Pegawai Aduan di mana-mana cawangan KIBB atau Ibu Pejabat KIBB yang beralamat seperti di atas; atau
- Buat aduan melalui e-mel kepada complaints@kenanga.com.my;
1.2 – Aduan anda hendaklah mengandungi maklumat berikut:
- Nama, no. Kad Pengenalan, no. akaun pelanggan, no. CDS, alamat surat-menyurat/ e-mel dan nombor telefon (butiran pengadu);
- Nyatakan butiran aduan seperti di bawah:
- subjek aduan
- tarikh/-tarikh masalah/ aktiviti atau transaksi yang berkenaan
- Sertakan dokumen sokongan mengenai masalah anda, jika ada.
Prosedur Pengendalian Aduan
- Pihak Bank akan mengesahkan penerimaan aduan anda dalam masa 7 hari.
- Siasatan akan dijalankan selepas aduan diterima melalui mana-mana saluran seperti yang dinyatakan dalam 1.1.
- Maklum balas melalui surat/ e-mel akan disampaikan kepada pengadu setelah siasatan selesai.
- Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklum balas akhir daripada pihak kami, anda boleh merujuk aduan anda kepada alamat di bawah dalam tempoh 180 hari dari tarikh surat maklum balas akhir kami.
Financial Market Ombudsman Service (FMOS)
Alamat : Level 14, Main Block
Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : 03-22722811
Laman Web : Klik Di Sini
Bank Negara Malaysia
Alamat : Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
(Luar Negara: +603-2174-1717)
Faks : 03-21741515
E-mel : telelink.bnm.gov.my
Laman Web : Klik Di Sini