Pinjaman dan Peminjaman Sekuriti (SBL)
Sebagai satu produk saham yand ditawar oleh Kenanga, Pinjaman dan Perminjaman Sekuriti (“SBL”) ditawar kepada pelanggan-pelanggan Kenanga untuk membantu pelanggan meningkat hasil pendapatan perlaburan sebagai Pemberi Pinjaman.
SBL merujuk kepada transaksi di mana sekuriti dipindahkan buat sementara waktu daripada pemberi pinjaman kepada peminjam, dengan kewajipan kontrak untuk memulangkan saham sama ada atas permintaan atau pada akhir tempoh pinjaman. Pemberi pinjaman menerime pendapatan faedah pinjaman dalam tempoh pinjaman. Pinjaman saham adalah produk pelaburan yang berisiko rendah dengan amalan yang mantap dan ia digunakan secara meluas oleh pelabur masa jangka panjang di seluruh dunia untuk meningkatkan pulangan pendapatan daripada portfolio pelaburan. Ia adalaf satu product yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.
Apa yang Kami Tawarkan
Dengan tujuan untuk mewujudkan nilai baharu untuk pelanggan kami, Kenanga menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk mengambil bahagian dalam perkhidmatan SBL kami yang membantu menangani keperluan pelaburan pelanggan.
Perkhidmatan Kenanga SBL menyediakan dua perkhidmatan:
(a) Perkhidmatan Peminjaman Sekuriti Runcit – Cara terbaik untuk memperoleh pendapatan tambahan bagi sekuriti yang sudah dimiliki anda.
(b) Perkhidmatan Pinjaman Sekuriti Runcit – Perkhidmatan sekuriti yang berkesan untuk meningkatkan strategi perdagangan anda. Jika anda seorang perlabur yang mempunyai pengetahuan dalam saham, aktif and mempunyai selera risiko. Inilah satu-satu produk pinjaman untuk Penyelesaian Jualan Singkat Dikawal Selia (“RSS”).
Perkhidmatan Pinjaman Sekuriti Runcit
Jangan biarkan saja sekuriti anda dalam akaun CDS anda. Biarkan sekuriti anda ‘bekerja’ lebih keras untuk anda!
- Perkhidmatan Peminjaman Sekuriti Runcit menawarkan peluang kepada pelabur (pemberi pinjaman) untuk meminjamkan sekuriti kepada Kenanga (peminjam), dengan cara yang berhemat untuk:
- memperoleh pendapatan tambahan tanpa sebarang kerumitan dan pada kos minimum.
- meningkatkan keuntungan portfolio sekuriti anda.
- Pinjaman ini biasanya diatur secara terbuka. Pemberi pinjaman boleh menarik balik atau Kenanga boleh mengembalikan sekuriti yang dipinjam pada bila-bila masa.
- Pemberi pinjaman menerima bayaran faedah daripada Kenanga untuk sekuriti yang dipinjam.
- Lebih daripada 441 sekuriti layak untuk dipinjamkan.
- Terma dan syarat urus niaga pinjaman sekuriti ditadbir oleh Perjanjian SBL yang dilaksanakan antara pemberi pinjaman dan Kenanga.
Tertakluk kepada terma & syarat lain
Manfaat
Jana Pendapatan Tambahan
Yuran dikira setiap hari dan dibayar setiap bulan
Tingkatkan Hasil Pada Portfolio Anda
Semakin tinggi permintaan pinjaman untuk saham anda, semakin tinggi potensi pendapatan anda
Kekalkan Kelayakan Tindakan Korporat
Segala faedah ekonomi dikekalkan dengan anda, kecuali hak mengundi
Gangguan Minimum Terhadap Kegiatan Perdagangan Anda
Tiada tempoh kunci peminjaman minimum
Risiko Minimum
Perkhidmatan ini diuruskan melalui pendekatan risiko konservatif & pasukan yang berdedikasi
Kos Minimum
Yuran pemindahan & yuran pemprosesan minimum diketepikan sehingga notis selanjutnya

Tiada Kerumitan
Proses pendaftaran yang mudah
|
Kelayakan
Produk ditawar kepada siapa?
Perkhidmatan ini ditawarkan kepada SEMUA pelabur (individu atau korporat) yang mengekalkan sekuriti dalam akaun CDS mereka, sama ada dengan Kenanga dan/atau di luar Kenanga. |
Adakah terdapat kuantiti minimum untuk Peminjaman Sekuriti Runcit?
Anda layak untuk meminjamkan mana-mana sekuriti dengan nilai minimum RM100,000 yang bebas daripada lien, caj dan bebanan. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat pinjaman tertentu, Kenanga mungkin meminjam sekuriti berdasarkan kuantiti yang ada.
|
Apakah sekuriti yang layak untuk peminjaman?
Bursa Malaysia menetapkan senarai sekuriti yang layak (berdasarkan kriteria permodalan pasaran minimum, apungan bebas dan jumlah dagangan) untuk pinjaman dan peminjaman.
Senarai ini diterbitkan di sini
Namun begitu, Kenanga mungkin bersifat memilih atau mengenakan syarat tambahan. Sila hubungi Wakil Peniaga anda, cawangan kami atau Meja SBL untuk mendapatkan senarai sekuriti terkini yang layak. |
Cara Menyertai
Bagaimanakah saya boleh mengambil bahagian dalam Pinjaman Sekuriti Runcit?
Anda harus membuka akaun SBL dengan Kenanga.
Ikuti prosedur 2 langkah yang mudah untuk mendaftar akaun SBL:
Langkah 1: Lengkapkan dan tandatangan Borang Permohonan Akaun dan Perjanjian SBL sekali beri
Langkah 2: Serahkan dokumen-dokumen ini kepada Wakil Peniaga anda atau cawangan kami untuk membuka akaun SBL
Sila hubungi Wakil Pedagang anda atau cawangan kami untuk mendapatkan set pek pembukaan akaun. |
Bagaimana Pinjaman Sekuriti berfungsi
Bagaimanakah aliran proses Peminjaman Sekuriti Runcit?

|
Adakah saya berhak kepada tindakan korporat seperti dividen, sekuriti bonus, terbitan hak dan lain-lain sekuriti yang saya pinjamkan?
Walaupun peminjaman sekuriti melibatkan pemindahan hak milik sekuriti daripada akaun CDS pemberi pinjaman ke dalam akaun CDS peminjam, faedah ekonomi kekal dengan anda sebagai pemberi pinjaman. Ini bermakna Kenanga dikehendaki untuk meremitkan kelayakan yang timbul daripada tindakan korporat berhubungan sekuriti yang dipinjam semasa tempoh pinjaman kepada anda mengikut Perjanjian SBL.
Namun begitu, anda tidak berhak kepada apa-apa hak mengundi apabila sekuriti dipinjamkan. Sekiranya pemberi pinjaman ingin mengguna hak mengundi, pemberi pinjaman harus menarik balik sekuriti yang dipinjam dalam garis masa yang ditetapkan.
|
Berapa lamakah saya perlu meminjamkan sekuriti tersebut?
Pinjaman biasanya diatur secara terbuka.
Ini bermakna Kenanga, sebagai peminjam, boleh mengembalikan sekuriti yang dipinjam pada bila-bila masa atau anda, kerana pemberi pinjaman boleh menarik balik sekuriti yang dipinjam pada bila-bila masa mengikut Perjanjian SBL.
Tempoh pinjaman berbeza dari dagangan ke dagangan. Sesetengah orang mungkin memberi pinjaman selama berbulan-bulan, sementara orang lain mungkin hanya berbuat demikian untuk jangka masa yang sangat pendek. Biasanya, selagi terdapat permintaan untuk sekuriti itu, sekuriti itut akan kekal dalam pinjaman. |
Bagaimanakah saya mengetahui jika terdapat permintaan untuk sekuriti saya?
Permintaan untuk setiap sekuriti berbeza dari semasa ke semasa. Untuk mengetahui:
a) Anda boleh menghubungi Wakil Peniaga anda, cawangan kami atau Meja SBL; atau
b) Wakil Peniaga Anda atau kakitangan Kenanga yang diberi kuasa boleh menghubungi anda
|
Bagaimanakah saya memindahkan sekuriti yang akan dipinjamkan kepada Kenanga?
Anda dikehendaki untuk melengkapkan dan menandatangani borang pemindahan CDS dan menghantar borang tersebut kepada Kenanga atau syarikat pembrokeran di mana akaun CDS anda diselenggarakan (ika di luar Kenanga) agar sekuriti dapat dipindahkan untuk pinjaman dalam tarikh penyelesaian yang ditetapkan dalam Pengesahan Dagangan. |
Bolehkah saya menarik balik sekuriti pinjaman saya?
Ya. Anda boleh menarik balik sepenuhnya atau sebahagian daripada sekuriti yang dipinjam pada bila-bila masa mengikut Perjanjian SBL.
Namun begitu, anda harus menghantar pemberitahuan kepada Kenanga sebelum jam 12 tengah hari untuk menerima sekuriti yang dikembalikan dalam kitaran penyelesaian yang ditetapkan Bursa Malaysia. |
Adakah saya akan dikenakan penalti jika saya menarik balik sekuriti pinjaman saya?
Tidak. Jika pinjaman SBL dilaksanakan secara terbuka, pemberi pinjaman boleh menarik balik sekuriti yang dipinjam pada bila-bila masa tanpa penalti. Namun begitu, jika pinjaman SBL dilaksanakan secara jangka tetap, penarikan balik akan tertakluk kepada yuran penalti yang ditentukan oleh Kenanga dari semasa ke semasa. |
Apakah yang akan berlaku jika saya gagal menyerahkan sekuriti untuk pinjaman dalam tarikh penyelesaian yang dipersetujui?
Anda sebagai pemberi pinjaman akan menanggung kos pembelian dan apa-apa kos lain yang ditanggung menurut Perjanjian SBL berhubungan sekuriti yang dipinjam, atau membayar nilai pasaran sekuriti yang dipinjam kepada Kenanga. |
Adakah saya akan menerima sebarang laporan atau dokumen untuk menjejaki sekuriti yang dipinjamkan dan yuran peminjaman?
Kenanga akan menyediakan perkara-perkara berikut kepada anda:
a) Pengesahan Dagangan untuk setiap pinjaman yang dilaksanakan dan apabila sekuriti ditarik balik oleh pemberi pinjaman dan/atau dikembalikan oleh Kenanga; dan
b) Penyata Yuran Bulanan yang memperincikan kuantiti tertunggak sekuriti yang dipinjam dan yuran belum terima. |
Yuran & Caj
Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?
Pemberi pinjaman akan menerima yuran peminjaman apabila sekuriti dipinjamkan. |
Bagaimanakah yuran peminjaman ditentukan?
Yuran peminjaman boleh dirundingkan. Ia ditentukan mengikut dagangan tertakluk kepada permintaan dan penawaran sekuriti. Secara umum, semakin tinggi permintaan sekuriti anda, semakin tinggi potensi pendapatan anda. |
Bagaimanakah yuran pinjaman dikira?
Yuran dikira setiap hari berdasarkan harga tutup sekuriti yang dipinjam dan yuran dibayar setiap bulan.

1 Kadar yang dipersetujui antara pemberi pinjaman dan Kenanga
2 Kuantiti yang dipinjamkan * harga tutup sekuriti yang dipinjam pada hari kerja sebelumnya
Sebagai contoh:
ABC Sdn Bhd meminjamkan 1 juta saham Stok 8888 pada harga RM2.00, pada kadar peminjaman yang dipersetujui sebanyak 3%.
Yuran peminjaman sehari = [3% * (1,000,000*RM2)] / 365 = RM164.38
Sila ambil perhatian bahawa harga saham sekuriti yang dipinjamkan mungkin meningkat atau menurun bergantung kepada keadaan pasaran, yang akan mempengaruhi potensi pendapatan. |
Adakah terdapat yuran dan caj lain untuk mengambil bahagian dalam peminjaman sekuriti?
Anda hanya perlu membayar:
a) Yuran pemprosesan pembukaan akaun RM10 sekali saja; dan
b) Bayaran CDS RM10 untuk memindahkan setiap sekuriti yang akan dipinjamkan
Nota: Yuran dan caj tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk dengan Wakil Peniaga anda atau cawangan kami untuk maklumat lanjut dan terkini. |
Pertimbangan Penting
Adakah terdapat pertimbangan penting lain yang perlu saya ketahui?
1. Risiko pihak berurusan
Risiko pihak berurusan adalah salah satu risiko yang mungkin terjadi kepada pemberi pinjaman. Walau bagaimanapun, risiko ini dikurangkan kerana:
a) pihak berurusan pemberi pinjaman ialah Kenanga, yang merupakan bank pelaburan yang teguh dan bereputasi; dan
b) perkhidmatan ini diuruskan melalui pendekatan konservatif dan pasukan yang berdedikasi.
2. Risiko pasaran
Pemberi pinjaman boleh terdedah kepada turun naik harga sekuriti yang dipinjam. |
Adakah transaksi SBL dikenakan cukai pendapatan?
Yuran peminjaman dan manufactured payments/dividends (bayaran/dividen buatan) yang perlu dibayar mungkin tertakluk kepada layanan cukai yang berbeza. Sila rujuk dengan penasihat cukai anda yang berkelayakan, jika berkenaan. |
Perkhidmatan Pinjaman Sekuriti Runcit
Mari kembangkan strategi perdagangan dan alternatif pelaburan anda!
- Perkhidmatan Pinjaman Sekuriti Runcit membolehkan pelanggan kami untuk meminjam sekuriti daripada Kenanga,
- untuk meningkatkan strategi dan prestasi perdagangan.
- untuk memudahkan lindung nilai dan pengurusan risiko yang lain.
- untuk menampung potensi dagangan gagal untuk mengelakkan kos pembelian yang mahal.
- Pinjaman ini biasanya diatur secara terbuka. Peminjam boleh mengembalikan atau Pemberi Pinjaman boleh menarik balik sekuriti yang dipinjamkan pada bila-bila masa.
- Peminjam harus menyediakan cagaran dan membayar yuran kepada Kenanga untuk sekuriti yang dipinjam.
- Sekuriti dan cagaran yang dipinjam dinilai pada pasaran semasa setiap hari.
- Peminjam bertanggungjawab untuk menyerahkan semua kelayakan/tindakan korporat yang timbul daripada sekuriti yang dipinjam kepada Kenanga.
- Lebih daripada 200 sekuriti layak untuk dipinjam.
- Terma dan syarat transaksi pinjaman sekuriti ditadbir oleh Perjanjian SBL yang dilaksanakan antara peminjam dan Kenanga.
Tertakluk kepada terma & syarat lain
Faedah
Membenarkan Jualan Singkat
Untuk tempoh yang lebih lama
Berarah Singkat (Directional Short)
Dengan pandangan bearis terhadap pasaran atau saham
Menyokong Kegiatan Lindung Nilai
Untuk melindungi nilai kedudukan panjang bagi mengurangkan risiko pasaran
Menutup Potensi Dagangan Gagal
Untuk mengelakkan pembelian dan penyelesaian mahal yang gagal
Menyokong Strategi Perdagangan Panjang-Singkat
Saham terkurang nilai panjang dan saham terlebih nilai singkat
Menyokong Perdagangan Arbitraj
Sekiranya terdapat salah tentu harga antara pasaran Tunai dan Derivatif, arbitraj waran dan sebagainya
|
Kelayakan
Siapakah yang layak?
Perkhidmatan ini ditawarkan kepada SEMUA pelabur (individu atau korporat) yang ingin meminjam sekuriti untuk memudahkan strategi perdagangan mereka dan/atau meningkatkan prestasi perdagangan.
Sekuriti yang dipinjam boleh diserahkan kepada akaun SBL/RSS anda, sama ada akaun tersebut diselenggarakan dengan Kenanga atau di luar Kenanga. |
Adakah saya perlu meminjam kuantiti minimum untuk setiap sekuriti?
Terdapat nilai pinjaman minimum sebanyak RM100,000 untuk setiap sekuriti. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat pinjaman tertentu, Kenanga mungkin meminjamkan sekuriti berdasarkan kuantiti yang ada.
Sila hubungi Wakil Peniaga anda atau cawangan kami untuk maklumat lanjut.
|
Apakah sekuriti yang layak untuk pinjaman?
Bursa Malaysia menetapkan senarai sekuriti yang layak (berdasarkan kriteria permodalan pasaran minimum, apungan bebas dan jumlah dagangan) untuk pinjaman dan peminjaman.
Senarai ini diterbitkan di sini
Namun begitu, Kenanga mungkin bersifat memilih atau mengenakan syarat tambahan. Sila hubungi Wakil Peniaga anda, cawangan kami atau Meja SBL untuk senarai terkini sekuriti yang layak dan status ketersediaan. |
Cara Memohon
Bagaimanakah saya boleh mengambil bahagian dalam Pinjaman Sekuriti Runcit?
Anda harus membuka akaun SBL dengan Kenanga.
Ikuti prosedur 2 langkah mudah untuk mendaftar akaun SBL:
Langkah 1: Lengkapkan dan tandatangan Borang Permohonan Akaun dan Perjanjian SBL sekali saja
Langkah 2: Serahkan dokumen-dokumen ini kepada Wakil Peniaga anda atau cawangan kami untuk membuka akaun SBL
Had Pinjaman dan Nisbah Margin untuk akaun anda akan diberikan selepas penilaian kredit dilakukan.
Sila hubungi Wakil Peniaga anda atau cawangan kami untuk mendapatkan set pek pembukaan akaun.
|
Bagaimana Pinjaman Sekuriti berfungsi
Apakah aliran proses Pinjaman Sekuriti Runcit?

|
Bagaimanakah saya mengetahui sekuriti manakah yang tersedia untuk pinjaman?
Ketersediaan setiap sekuriti dan kuantiti berbeza dari semasa ke semasa. Sila hubungi Wakil Peniaga anda, cawangan kami atau Meja SBL untuk mendapatkan senarai terkini.
|
Adakah saya perlu meletakkan cagaran untuk meminjam sekuriti?
Ya. Pinjaman sekuriti dicagarkan sepenuhnya. Anda harus meletakkan cagaran dengan Kenanga untuk meminjam sekuriti.
|
Berapa lamakah saya boleh meminjam sekuriti?
Pinjaman biasanya diatur secara terbuka. Ini bermakna tiada tempoh pinjaman tetap.
Anda sebagai peminjam boleh mengembalikan sekuriti yang dipinjam pada bila-bila masa tertakluk kepada pemberitahuan terlebih dahulu kepada Kenanga. Demikian juga, Kenanga juga boleh menarik balik sekuriti yang dipinjam pada bila-bila masa dengan memberi notis.
Jika Kenanga menarik balik sekuriti yang dipinjam, anda dikehendaki untuk mengembalikan sekuriti yang dipinjam dalam kitaran penyelesaian yang ditetapkan Bursa Malaysia. Pada asasnya, anda haruslah membeli balik sekuriti pada hari yang sama notis penarikan balik dikeluarkan untuk memenuhi kewajipan penyelesaian.
|
Bilakah saya akan menerima sekuriti yang dipinjam daripada Kenanga?
Kenanga akan menyerahkan sekuriti yang dipinjam ke dalam akaun SBL/RSS anda setelah menerima cagaran yang diperlukan.
Ini bermakna anda harus menyerahkan cagaran kepada Kenanga pada tempoh masa yang dipersetujui sebelum Kenanga menyerahkan sekuriti yang dipinjam ke dalam akaun SBL/RSS anda.
|
Bolehkah saya memindahkan sekuriti yang dipinjam ke akaun dagangan biasa saya?
Tidak. Sekuriti yang dipinjam hanya boleh dipindahkan ke akaun SBL/RSS yang anda tetapkan.
|
Bagaimanakah saya mengembalikan sekuriti yang dipinjam kepada Kenanga?
Sebelum mengembalikan sekuriti yang dipinjam, anda harus memberikan Notis Pemulangan kepada Kenanga. Anda boleh memberi Notis Pemulangan kepada Wakil Peniaga anda atau Meja SBL untuk melaksanakan pemulangan.
Sekuriti yang dipinjam harus diserah ke akaun Kenanga pada tarikh penyelesaian yang ditetapkan dalam Pengesahan Notis Pemulangan.
|
Apakah yang akan berlaku jika saya gagal mengembalikan sekuriti yang dipinjam pada tarikh penyelesaian yang dipersetujui?
Anda sebagai peminjam akan menanggung kos pembelian dan apa-apa kos lain yang ditanggung pada pembelian balik atau membayar nilai pasaran sekuriti yang dipinjam kepada Kenanga menurut Perjanjian SBL. |
Apakah yang akan berlaku jika terdapat tindakan korporat seperti pengagihan dividen/pendapatan, terbitan bonus/hak dll. untuk sekuriti yang dipinjam?
Selaras dengan Perjanjian SBL, peminjam dikehendaki untuk meremitkan kelayakan yang timbul daripada tindakan korporat jika sekuriti masih berada dalam pinjaman dan belum dikembalikan pada Tarikh Rekod/Tarikh Kelayakan.
|
Apakah yang akan berlaku jika sekuriti yang dipinjam bukan lagi sekuriti SBL yang layak, atau digantung?
Peminjam boleh memilih untuk mengekalkan pinjaman sehingga sekuriti yang dipinjam dikembalikan atau ditarik balik melainkan jika dilarang oleh peraturan yang berkenaan.
|
Adakah saya akan menerima sebarang laporan atau dokumen untuk menjejaki sekuriti yang dipinjam dan yuran pinjaman?
Kenanga akan menyediakan perkara-perkara berikut kepada anda:
a) Pengesahan Dagangan untuk setiap pinjaman yang dilaksanakan dan sekuriti yang dikembalikan oleh peminjam dan/atau ditarik balik oleh Kenanga;
b) Penyata Aktiviti Harian yang memperincikan kedudukan margin, kedudukan pinjaman, kegiatan pergerakan tunai dan sekuriti; dan
c) Penyata Yuran Bulanan yang memperincikan kuantiti tertunggak sekuriti yang dipinjam dan yuran yang perlu dibayar.
|
Keperluan Cagaran & Margin
Bilakah saya perlu meletakkan cagaran untuk meminjam sekuriti?
Peminjam harus menyerahkan cagaran yang diperlukan kepada Kenanga pada tarikh penyelesaian yang ditetapkan dalam Pengesahan Dagangan sebelum Kenanga boleh menyerahkan sekuriti yang dipinjam ke dalam akaun anda.
|
Adakah Kenanga menerima apa jua jenis cagaran?
Kenanga menerima cagaran dalam bentuk wang tunai. Untuk cagaran bukan tunai, sila hubungi Wakil Peniaga atau cawangan kami untuk mengesahkan kebolehterimaan.
|
Bagaimanakah Nisbah Margin berfungsi?
Nisbah Margin = Nilai Cagaran 1/ Nilai Sekuriti Pinjaman 2
1 Nilai Cagaran dinilaikan pada pasaran semasa setiap hari
2 Nilai Sekuriti Yang Dipinjam (Kuantiti yang dipinjam * harga tutup sekuriti yang dipinjam pada hari kerja sebelumnya)
Kenanga boleh mengenakan potongan nilai pada nilai pasaran cagaran dan sekuriti yang dipinjam dari semasa ke semasa.
|
Bilakah panggilan margin dimulakan?
Panggilan margin akan dimulakan terhadap Peminjam apabila Nisbah Margin jatuh di bawah paras ambang seperti yang dipersetujui antara Peminjam dan Kenanga.
Sila hubungi Wakil Peniaga anda, cawangan kami atau Meja SBL untuk maklumat lanjut.
|
Bagaimanakah saya boleh membetulkan/memenuhi panggilan margin?
a) Tambah nilai wang tunai;
b) Deposit cagaran bukan tunai yang boleh diterima; atau
c) Pulangkan sekuriti yang dipinjam
|
Bagaimana jika saya gagal memperbaiki kekurangan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan?
Kenanga mempunyai hak termasuk hak untuk membeli sekuriti yang dipinjam daripada pasaran terbuka dengan menggunakan cagaran anda yang diserahkan kepada Kenanga tanpa notis lanjut kepada anda dan anda akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian/defisit tertunggak dalam akaun anda.
|
Bolehkah saya mengeluarkan cagaran saya?
Anda boleh mengeluarkan cagaran hanya jika nilai cagaran mencukupi untuk memenuhi keperluan margin.
Untuk melakukan pengeluaran, anda harus memaklumkan Wakil Peniaga anda untuk menghubungi atau mengemukakan Permintaan Pengeluaran kepada Meja SBL.
|
Adakah saya mendapat sebarang faedah untuk cagaran tunai yang didepositkan dengan Kenanga?
Faedah hanya boleh dibayar untuk cagaran tunai dan pembayaran faedah tersebut akan ditentukan oleh Kenanga dari semasa ke semasa.
Sila hubungi Wakil Peniaga anda, cawangan kami atau Meja SBL untuk maklumat lanjut.
|
Perdagangan Sekuriti Yang Dipinjam
Bagaimanakah saya melaksanakan penjualan sekuriti yang dipinjam?
1. Peminjam harus membuka akaun SBL/RSS yang ditetapkan untuk melaksanakan penjualan sekuriti yang dipinjam, iaitu melalui Jualan Singkat Yang Dikawal Selia (“RSS”).
2. Sebelum melaksanakan pesanan RSS, Peminjam harus mendapatkan pengesahan pinjaman atau telah meminjam sekuriti daripada Kenanga. Kenanga akan menyerahkan sekuriti yang dipinjam ke dalam akaun SBL/RSS anda pada tarikh penyelesaian yang dipersetujui.
3. Peminjam harus mematuhi Peraturan At-Tick yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Ini bermakna Peminjam hanya boleh melalukan pesanan RSS pada harga permintaan/jualan terbaik semasa atau pada harga yang lebih tinggi.
Sila hubungi Wakil Peniaga anda atau cawangan kami untuk maklumat lanjut.
|
Bolehkah saya menjual sekuriti yang saya pinjam daripada Kenanga di syarikat pembrokeran lain?
Ya. Anda boleh membuka akaun SBL/RSS yang ditetapkan dan menjual sekuriti yang dipinjam di mana-mana syarikat pembrokeran lain.
Anda dikehendaki untuk menyediakan akaun SBL/RSS anda yang ditetapkan dan diselenggarakan di syarikat pembrokeran lain kepada Kenanga untuk memudahkan pemindahan sekuriti yang dipinjam.
|
Adakah saya dikehendaki untuk menjual sekuriti yang dipinjam sebaik sahaja saya meminjam sekuriti tersebut?
Tidak perlu. Anda boleh menyimpan sekuriti yang telah anda belikan. Jika anda ingin mengembalikan sekuriti tersebut, anda harus memaklumkan Wakil Peniaga anda atau menghubungi atau e-mel Meja SBL untuk melaksanakan pengembalian.
|
Adakah saya perlu mengembalikan sekuriti yang dipinjam secara serta-merta selepas saya membeli balik sekuriti?
Tidak perlu. Anda boleh menyimpan sekuriti yang telah anda belikan. Jika anda ingin memulangkan sekuriti tersebut, anda harus memaklumkan Wakil Peniaga anda atau menghubungi atau e-mel Meja SBL untuk melakukan pemulangan.
|
Yuran & Caj
Bagaimanakah yuran pinjaman ditentukan?
Yuran pinjaman boleh dirunding. Ia ditentukan mengikut dagangan tertakluk kepada permintaan dan penawaran sekuriti.
Secara umum, yuran pinjaman akan menjadi lebih tinggi jika ketersediaan stok adalah lebih rendah. |
Bagaimanakah yuran pinjaman dikira?
Yuran dikira setiap hari, bermula pada tarikh penyelesaian seperti yang ditetapkan dalam Pengesahan Dagangan sehingga sekuriti dipulangkan dan dikreditkan ke dalam akaun Kenanga.
Yuran dibayar setiap bulan.

1 kadar yang dipersetujui antara peminjam dan Kenanga
2 Kuantiti yang dipinjam * harga tutup sekuriti yang dipinjam pada hari kerja sebelumnya
Sebagai contoh:
ABC Sdn Bhd meminjam 1 juta saham Stok 8888 pada harga RM2.00, pada kadar pinjaman yang dipersetujui sebanyak 3%.
Yuran pinjaman sehari = [3% * (1,000,000*RM2)] / 365 = RM164.38
Sila ambil perhatian bahawa harga saham sekuriti yang dipinjam mungkin meningkat atau menurun bergantung kepada keadaan pasaran, yang akan mempengaruhi kos pinjaman anda. |
Apakah yang akan berlaku jika saya gagal meremit yuran pinjaman pada tarikh akhir yang dipersetujui?
Caj pembayaran lewat akan dikenakan pada baki pembayaran tertunggak berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Kenanga dari semasa ke semasa.
|
Adakah terdapat yuran dan caj lain selain daripada yuran pinjaman?
a) Yuran pemprosesan pembukaan akaun sekali saja sebanyak RM10;
b) Bayaran CDS sebanyak RM10 untuk memindahkan setiap sekuriti yang dipinjam ke dalam/dari akaun SBL/RSS anda; dan
c) Apa-apa yuran lain yang dikenakan oleh Bursa
Nota: Yuran dan caj tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk dengan Wakil Peniaga anda atau cawangan kami untuk maklumat lanjut dan terkini.
|
Pertimbangan Penting
Apakah pertimbangan penting lain yang perlu saya ketahui?
1. Risiko pihak berurusan
Peminjam mungkin menghadapi risiko kredit kerana peminjam dikehendaki untuk menyerahkan cagaran kepada pemberi pinjaman untuk meminjam sekuriti. Oleh itu, adalah penting untuk meminjam sekuriti daripada perantara yang teguh dan bereputasi seperti Kenanga.
2. Risiko Pelaburan/Pasaran
Apabila anda menjual sekuriti yang dipinjam, anda, sebagai penjual singkat mungkin terdedah kepada risiko pasaran dan oleh itu anda perlu mengetahui perkara-perkara berikut:
a) tiada had terhadap peningkatan harga sekuriti, oleh itu risiko pasaran yang dihadapi oleh penjual singkat berpotensi untuk bersifat tidak terhad;
b) jangan menganggap bahawa anda akan sentiasa dapat menjual singkat dan/atau membeli pada harga yang anda mahukan;
c) mungkin terdapat risiko tidak terjangka yang timbul akibat tindakan korporat semasa tempoh pinjaman; atau
d) anda mungkin dikehendaki untuk menyerah cagaran tambahan pada notis singkat untuk mengawal kedudukan margin jika nilai pinjaman/cagaran berubah-ubah.
3. Risiko Margin
SBL merupakan transaksi bercagar sepenuhnya, yang bermaksud bahawa penjual singkat boleh merampas kedudukan secara paksa, jika penjual singkat tidak dapat membetulkan panggilan margin.
4. Risiko Penarikan Balik
Risiko penarikan balik merujuk kepada risiko yang timbul apabila pemberi pinjaman menarik balik sekuriti yang dipinjam tanpa diduga. Apabila ini berlaku, peminjam perlu membeli balik sekuriti daripada pasaran untuk memenuhi garis masa penarikan balik dan mempunyai kawalan terhad terhadap harga untuk menutup kedudukan.
5. Tiada jaminan untuk pinjaman sekuriti
Penyertaan anda tidak menjamin sebarang pinjaman oleh Kenanga.
6. Risiko Pengawalseliaan
SBL dan RSS merupakan kegiatan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia. Anda harus membaca dan memahami keperluan pengawalseliaan yang berkaitan dan mekanisme perdagangan sebelum anda mengambil bahagian.
|
Hubungi Kami
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi Wakil Peniaga anda, cawangan kami atau e-mel Meja SBL di dept-SBL@kenanga.com.my