Pengurusan Pelaburan
Kami menawarkan pilihan pelaburan konvensional dan patuh Syariah yang merangkumi skim pelaburan kolektif, skim persaraan swasta, perkhidmatan pengurusan portfolio dan pelaburan alternatif untuk pelabur individu, korporat, individu berpendapatan tinggi dan institusi.
Senarai Perkhidmatan
Pengurusan Pelaburan
Kenanga Investors menawarkan pilihan pengurusan pelaburan dan pengurusan portfolio secara konvensional, dan patuh Syariah yang merangkumi skim pelaburan kolektif, skim persaraan swasta, perkhidmatan pengurusan portfolio dan pelaburan alternatif untuk pelabur individu, korporat, individu berpendapatan tinggi dan institusi.
Apa yang kami tawarkan
Dana Unit Amanah Kenanga (Kenanga Unit Trust Funds)
Pemilihan dana konvensional dan patuh Syariah merangkumi kelas aset seperti pendapatan tetap, bon, seimbang dan ekuiti untuk memenuhi jangkaan risiko-pulangan dan keperluan pelaburan pelanggan kami, yang sentiasa berubah.
Penyelesaian Pengurusan Tunai Kenanga (Kenanga Cash Management Solutions)
Penyelesaian pengurusan tunai yang boleh disesuaikan, menawarkan keselamatan modal, peningkatan hasil, aliran pendapatan tetap, kemudahan, kecairan dan kelebihan cukai untuk pelabur korporat.
Dana Borong Kenanga (Kenanga Wholesale Funds)
Direka untuk Pelabur Berkelayakan termasuk pelanggan korporat yang mempunyai objektif pelaburan yang unik dan memerlukan potensi pulangan yang lebih tinggi daripada rizab tunai mereka. Sebuah struktur pelaburan fleksibel yang menawarkan kecairan dan kelebihan cukai.
Mandat Tanpa Budi Bicara (Non-Discretionary Mandates)
Pengurus Pelaburan ditugaskan untuk mengurus portfolio kewangan pelanggan kami berdasarkan objektif masing-masing dan keadaan pasaran semasa sementara pelanggan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan pelaburan.
Mandat Budi Bicara (Discretionary Mandates)
Pakar pelaburan yang berpengalaman ditugaskan untuk mengurus portfolio pelaburan pelanggan kami berdasarkan mandat yang telah ditetapkan.
Khidmat Nasihat Institusi (Institutional Advisory Services)
Pengurusan pelaburan aktif menggunakan pendekatan perundingan untuk menentukan matlamat, objektif, dan penyata dasar pelaburan pelabur institusi.
Perkhidmatan Portfolio Yang Diurus Secara Aktif (Actively Managed Portfolio Service)
Pengurusan pelaburan yang berterusan untuk mencapai potensi pulangan yang konsisten dalam jangka masa panjang. Pengurus Portfolio yang berdedikasi mengimbangi semula portfolio secara aktif untuk mengoptimumkan prestasi portfolio.
Perkhidmatan Pengurusan Portfolio (Portfolio Management Service)
Sebuah penyelesaian untuk memenuhi keperluan pelaburan pelanggan terpilih, melalui portfolio tertumpu dengan pulangan mutlak yang disasarkan dan alternatif pelaburan.
Maklumat Hubungan
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kami di investorservices@kenanga.com.my atau lawati laman web kami.
Pelan Persaraan
Kami mempunyai matlamat untuk membantu pelanggan kami menguruskan inflasi dan kos penjagaan kesihatan serta perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat. Setiap peringkat kehidupan pelanggan dirancang dengan teliti untuk memastikan kestabilan kewangan mereka berterusan sepanjang hayat.
Apa yang kami tawarkan
Penyelesaian Pelaburan Persaraan Kenanga merangkumi:
Kumpul
- Portfolio pelaburan standard atau boleh disesuaikan menggunakan dana borong dan dana unit amanah termasuk yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.
- OnePRS by Kenanga; skim-skim persaraan swasta sukarela yang memberi kelebihan cukai untuk anda.
Urus
- Kenanga AMP Plus – perkhidmatan pengurusan portfolio aktif yang bertujuan untuk memberi anda potensi pulangan yang konsisten.
Perlindungan
- Kenanga Trustees Berhad – pilihan bertambah nilai yang ditawarkan kepada pelanggan Kenanga Investors Berhad (KIB) yang ingin membuat persediaan yang betul untuk perlindungan, pemeliharaan dan peruntukan pelaburan mereka dengan KIB.
Nikmati
- Apabila anda akhirnya bersara, sudah tiba masanya untuk menikmati wang yang telah anda kumpulkan! Juga dikenali sebagai fasa Penyahkumpulan, gunakan Regular Withdrawal Plan (Pelan Pengeluaran Berkala) kami untuk menerima pembayaran tetap yang dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah melengkapkan borang untuk memaklumkan kepada kami kekerapan dan jumlah pembayaran! Ya, ianya semudah itu!
Maklumat Hubungan
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada kami di investorservices@kenanga.com.my atau lawati laman web kami.
Pengurusan Kekayaan
Ini termasuk akses kepada pelbagai jenis produk pelaburan yang komprehensif serta perkhidmatan nasihat kewangan yang direka khas.
Apa yang kami tawarkan
Kami menawarkan penyelesaian kekayaan melalui perkara-perkara berikut:
- Unit Amanah
- Skim Persaraan Swasta (“PRS”)
- Pelaburan Dwi-Mata Wang
- Bon
- Mandat Peribadi
- Pasaran Wang
- Produk Berstruktur
- Pembiayaan Margin
- Insurans Hayat
- Insurans Am
Maklumat Hubungan
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kami di investorservices@kenanga.com.my atau lawati laman web kami.