Pinjaman Berstruktur & Pembiayaan Dagangan
Kami menawarkan produk kewangan seperti pembiayaan ekuiti, dan berstruktur.
Senarai Perkhidmatan
Pembiayaan Ekuiti
Pembiayaan ditawarkan melalui aktiviti korporat (corporate exercise) seperti di bawah yang telah diluluskan oleh Pengawal Selia yang relevan.
Apa yang kami tawarkan
Penawaran Awam Permulaan (IPOs)
Pembiayaan saham syarikat yang telah diluluskan untuk penyenaraian oleh Suruhanjaya Sekuriti berikutan penyenaraian di Bursa Malaysia Securities Berhad.
Terbitan Khas (Special Issue)
Pembiayaan saham diberikan untuk tujuan Terbitan Khas.
Tawaran Penjualan (Offer for Sale)
Pembiayaan saham untuk blok saham milik pemegang saham sedia ada yang telah ditawarkan kepada pelabur awam.
Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS)
Pembiayaan saham baru untuk pekerja yang layak bagi melaksanakan peruntukan ESOS.
Waran dan Sekuriti Pinjaman (Warrants and Loan Stocks)
Pembiayaan saham untuk langganan Waran dan Sekuriti Pinjaman.
Penawaran Persendirian (Private Placement)
Pembiayaan saham biasa sedia ada dan saham baru bagi syarikat tersenarai mengikut perlaksanan Penawaran Persendirian syarikat.
Pengambilalihan Terbalik / Penyenaraian Pintu Belakang (Reverse Take Over/ Back Door Listing)
Pembiayaan saham untuk Pengambilalihan Terbalik dan Penyenaraian Pintu Belakang.
Terbitan Hak (Rights Issue)
Pembiayaan saham untuk langganan saham Terbitan Hak.
Maklumat Hubungan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kcsb@kenanga.com.my.
Pembiayaan Berstruktur
Pembiayaan berstruktur untuk pelanggan yang ingin mengewangkan (monetise) aset kepada wang tunai untuk keperluan modal kerja dan mengukuhkan sumber pembayaran balik aliran tunai yang diperoleh daripada aliran tunai projek, aset cair dan nilai bersih pelanggan.
Para pelanggan juga dapat memanfaatkan kepakaran komprehensif Kumpulan Kenanga untuk menyokong pasaran modal ekuiti, pasaran modal hutang (debt capital market) dan keperluan penyelesaian kewangan.
Maklumat Hubungan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kcsb@kenanga.com.my.