Kebolehcapaian & Pengesetan

Kebolehcapaian & Pengesetan

DEACTIVATE READER VIEW

KDF TradeActiveᵀᴹ

Sistem Pengurusan Pesanan Dalam Talian Tersuai pada Masa Nyata untuk Perdagangan Derivatif Tersenarai.

App Store Android

Selamat, maju dan komprehensif

KDF TradeActiveᵀᴹ merupakan Sistem Pengurusan Pesanan (OMS) Kenanga Futures Sdn Bhd yang selamat, maju dan dilengkapi dengan fungsi paling komprehensif untuk menyokong aktiviti dagangan derivatif tersenarai.

Mesra pengguna

Platform perdagangan derivatif dalam talian ini direka dengan cekap untuk menawarkan pengalaman dagangan yang mesra pengguna dan sesuai untuk semua peringkat pedagang. Kami menawarkan KDF TradeActiveᵀᴹ sebagai sebuah penyelesaian yang mudah untuk digunakan pada platform perdagangan desktop dan aplikasi mudah alih.

Fleksibiliti pada hujung jari anda

Platform ini dipertingkatkan untuk mengakses bukan sahaja produk tersenarai Bursa Malaysia Derivatives (BMD) tetapi juga produk Chicago Mercantile Exchange (CME) dan Hong Kong Exchanges dan Clearing Limited (HKEX). Dengan KDF TradeActiveᵀᴹ, anda boleh mengakses produk tersenarai BMD, CME dan HKEX, memantau harga dengan data pasaran masa nyata, menganalisis trend pasaran dengan penunjuk teknikal dan menguruskan dagangan; anda boleh melakukan kesemuanya dengan fleksibiliti ini pada hujung jari anda.

Ciri-Ciri KDF TradeActiveᵀᴹ

Ciri-ciri pengesahan pelbagai faktor

Pengiraan keuntungan & kerugian masa nyata dan pemarginan akaun

Portfolio pelbagai mata wang

Jenis pesanan sintetik

Ringkasan baki akaun masa nyata

Carta teknikal masa nyata dengan penunjuk

Mula berdagang dengan
KDF TradeActiveᵀᴹ

Buka akaun

Isi dan hantar
borang permohonan anda
ke cawangan terdekat.

Dana

Deposit sekurang-kurangnya
margin permulaan sebanyak
RM3,000* bersama kami.

*Keperluan margin awal tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Berdagang

Akses kedua-dua
pasaran tempatan & asing
dengan lancar melalui
KDF TradeActiveᵀᴹ!

KDF TradeActiveᵀᴹ untuk Desktop

Keperluan sistem minimum: (dikemas kini)
√ CPU: Intel i5 / i7 ke atas
√ RAM: 4GB ke atas
√ OS: Windows 10 32 bit ke atas (64 bit disyorkan)
√ Microsoft Excel 2010 ke atas
√ Acrobat Reader 4 ke atas
√ .Net Framework 2.5 (minimum), .Net Framework 3.5 (diperlukan), .Net Framework 4.5.2 (diperlukan) ke atas
√ Java 7 ke atas (versi terkini disyorkan)

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya menjadi pengguna KDF TradeActive™?
Anda dikehendaki untuk mendaftar sebagai klien Kenanga Futures.
*Syarat umur minimum untuk membuka akaun dagangan derivatif ialah 18 tahun ke atas.
Adakah terdapat apa-apa yuran atau caj yang dikenakan untuk mengguna KDF TradeActive™?
Tidak, KDF TradeActive™ adalah sebuah platform dagangan percuma untuk klien Kenanga Futures. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk mengenakan yuran data pasaran langsung ke atas produk CME Group tertakluk kepada kadar semasa CME.
Apakah pasaran yang boleh diakses melalui KDF TradeActive™?
KDF TradeActive™ membolehkan klien untuk berdagang produk derivatif tersenarai BMD, CME dan HKEX.
Adakah terdapat sebarang panduan tentang cara mengguna KDF TradeActive™?
Ya, anda boleh merujuk kepada Panduan Pengguna yang boleh didapati di laman web atau anda boleh menghubungi meja urus niaga kami di +603 2172 3820 atau e-mel futures@kenanga.com.my
Bolehkah saya menggunakan KDF TradeActive™ pada komputer dan peranti mudah alih saya secara serentak?
Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya membenarkan SATU (1) log masuk pada satu masa. Oleh itu, sebarang log masuk ke komputer anda akan dilog keluar secara automatik sebaik sahaja anda log masuk ke KDF TradeActive™ melalui peranti mudah alih atau sebaliknya.

Produk & Perkhidmatan

Untuk pelabur, terokai solusi kami

Ketahui dengan lebih lanjut tentang cara solusi kami dapat membantu anda untuk mencapai cita-cita profesional and objektif perniagaan anda.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.