Kebolehcapaian & Pengesetan

Kebolehcapaian & Pengesetan

DEACTIVATE READER VIEW

Kenanga Digital Investing (KDI)

Merupakan sebuah platform pelaburan digital yang berasaskan Artificial Intelligence (A.I.).

Dengan KDI, anda boleh melabur secara mudah dan hemat secara automatik menerusi portfolio pelaburan yang menepati segala keperluan kewangan serta profil risiko anda.

App Store Android

4.0% Kadar Tahunan Efektif (EAR)*

Dengan KDI Save, anda menikmati pulangan TETAP sebanyak 4.0% Kadar Tahunan Berkesan (EAR)* — tanpa sebarang tempoh kunci (‘lock-in period’).

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Simpan

Melabur Dengan Keyakinan

KDI Invest memberikan anda akses kepada dunia pelaburan ETF di hujung jari anda.
Labur

Menjana Pendapatan Secara Bijak Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan A.I.

Kepintaran A.I. sentiasa mengawasi pelaburan anda sepanjang hari.
Jana

Kelebihan Melabur Bersama Kenanga Digital Investing (KDI)


TIADA YURAN PENDAHULUAN

TIADA YURAN PENUKARAN

TIADA TEMPOH ‘LOCK-IN’

DIKUASAKAN SEPENUHNYA OLEH KECERDASAN BUATAN A.I.

PROSES PENDAFTARAN YANG RINGKAS DAN MUDAH

DISOKONG OLEH INSTITUSI FINTECH BERPRESTIJ

Cara Bermula

 

Cari

Pergi ke App Store
atau Google Play
atau Laman Web

 

Daftar akaun

Hantar Permohonan Anda melalui Laman Web atau Aplikasi

 

Mula Melabur

Log masuk dan mula Melabur dan Menjana dengan KDI
Soalan Lazim
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Kenanga Digital Investing (KDI)?

Jika anda warganegara Malaysia, anda dikehendaki memuat naik imej bahagian hadapan dan belakang Kad Pengenalan (KP) anda semasa mendaftar.

Sekiranya anda bukan berwarganegara Malaysia, tetapi pemastautin tetap yang memiliki akaun bank Malaysia, anda dikehendaki memuat naik imej pasport anda bersama butiran peribadi semasa mendaftar di platform kami.

Anda diingatkan bahawa kami tidak menerima sebarang pendaftaran daripada warganegara Amerika Syarikat atau pemegang Kad Hijau (‘Green Card’) Amerika Syarikat.

Adakah terdapat sebarang tempoh kunci (‘lock-in period’) semasa melabur?

KDI tidak meletakkan sebarang tempoh kunci atau penalti bagi produk KDI Invest atau KDI Save. Anda boleh mengeluarkan dana daripada akaun anda pada bila-bila masa.

Harap maklum bahawa terdapat jumlah pengeluaran minimum bagi kedua-dua produk.

Bagi KDI Save, jumlah pengeluaran minimum adalah RM10. Bagi KDI Invest, jumlah pengeluaran minimum adalah RM100.

KDI menyarankan agar dana dilaburkan sekurang-kurangya selama satu (1) tahun bagi produk KDI Invest. Walaubagainmanapun, anda boleh mengeluarkan dana pada bila-bila masa. Untuk mencapai hasil pelaburan yang optimum, anda disyorkan untuk melabur sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun untuk mengurangkan impak dan risiko kitaran pasaran saham.

Bagi pelanggan yang ingin melabur pada jangka masa yang lebih pendek (kurang daripada satu tahun), kami mengesyorkan KDI Save sebagai pilihan yang lebih sesuai.

Apakah bentuk pulangan yang diperolehi daripada KDI Save?

Anda akan mendapat kadar faedah harian secara pro-rata dimana nilai keuntungan akan dipaparkan dinilai harian akaun KDI Save anda.

Adakah KDI Save dilindungi oleh PIDM?

Tidak, KDI Save tidak dilindungi oleh PIDM. Walau bagaimanapun, kami akan memastikan pelaburan KDI Save anda dilaburkan didalam aset yang berisiko rendah.

Adakah terdapat sebarang yuran dan caj untuk membuka akaun Kenanga Digital Investing (KDI)?

Tidak, Kenanga Digital Investing (KDI) tidak mengenakan sebarang yuran untuk pembukaan akaun.

Adakah saya perlu membuat sebarang pembayaran untuk yuran pengurusan?

Untuk KDI Save:
Tiada yuran pengurusan dikenakan ke atas portfolio KDI Save anda. Kos pelaburan KDI save adalah PERCUMA.

Untuk KDI Invest:
Tiada yuran pengurusan dikenakan ke atas portfolio KDI Invest yang bernilai kurang daripada RM3,000.

Sekiranya nilai portfolio KDI Invest anda melebihi RM3,000, yuran pengurusan akan dikenakan dan ditolak secara automatik daripada portfolio KDI Save anda. Sebagai contoh, portfolio KDI Invest yang bernilai RM2,990 tidak akan dikenakan sebarang caj. Namun, jika nilai portfolio meningkat disebabkan keuntungan pelaburan dan/atau penambahan dana sehingga melebihi RM3,000, yuran pengurusan akan dikenakan.

Harap maklum bahawa sebarang pulangan pelaburan yang dipaparkan pada papan pemuka Kenanga Digital Investing (KDI) anda adalah nilai bersih selepas ditolak sebarang yuran dan caj.

Untuk perincian yuran dan caj anda, sila rujuk kepada penyata bulanan anda. Untuk mendapatkan penyata bulanan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut

  1. Log masuk ke Kenanga Digital Investing (KDI).
  2. Pilih “Akaun Saya”.
  3. Pilih tab “Penyata Saya”.
  4. Pilih “Tahun”.
  5. Klik “Lihat Penyata” untuk memuat turun.
  6. Sebagai alternatif, sila rujuk soalan berikut: “Adakah terdapat caj untuk melabur dalam KDI Invest?” untuk maklumat lanjut mengenai caj.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk dana dipaparkan dalam akaun KDI Invest dan/atau KDI Save saya?

Bagi deposit dalam talian:
KDI Save akan diproses dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja untuk memaparkan dana yang telah didepositkan, bermula dari waktu pemotongan (‘cut-off time’) harian iaitu pada pukul 11 pagi pada setiap hari bekerja.

Bagi KDI Invest, deposit dalam talian akan diproses dalam masa 4 hingga 5 hari bekerja. Sila harap maklum bahawa waktu pemotongan (‘cut-off time’) harian bagi KDI Invest ialah pada pukul 8 pagi pada setiap hari bekerja.

Bagi deposit luar talian:
KDI Save akan diproses dalam 3 hingga 4 hari bekerja untuk memaparkan dana yang telah didepositkan, bermula dari waktu pemotongan (‘cut-off time’) harian iaitu pada pukul 11 pagi pada setiap hari bekerja.

Bagi KDI Invest, deposit luar talian akan diproses dalam 6 hingga 7 hari bekerja, bermula dari waktu pemotongan (‘cut-off time’) harian iaitu pada pukul 8 pagi pada setiap hari bekerja.

Tempoh pemprosesan adalah lebih lama berbanding dengan deposit dalam talian kerana ia melibatkan prosedur pelepasan cek.

Sila harap maklum bahawa sebaik sahaja anda membuat sebarang deposit, anda akan menerima e-mel pengesahan bagi deposit tersebut. Setelah deposit tersebut disahkan, anda akan menerima e-mel pengesahan sekali lagi.

Produk & Perkhidmatan

Untuk pelabur, terokai solusi kami

Ketahui dengan lebih lanjut tentang cara solusi kami dapat membantu anda untuk mencapai cita-cita profesional and objektif perniagaan anda.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.