OnePRS by Kenanga
Dengan peningkatan jangka hayat dan taraf hidup yang semakin tinggi, ramai yang mendapati bahawa dana persaraan mereka tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan, malah menghadapi kesulitan kewangan ketika mereka sepatutnya menikmati usia emas mereka.
Private Retirement Scheme (PRS) diperkenalkan sebagai inisiatif untuk mempercepatkan simpanan persaraan jangka panjang seseorang. Melalui PRS, individu dapat merancang persaraan mereka dengan lebih baik melalui pelbagai dana PRS yang disesuaikan mengikut profil risiko dan pulangan mereka.
Skim persaraan swasta sukarela Kenanga Investors ini melengkapkan skim simpanan persaraan mandatori yang sedia ada serta simpanan persaraan lain. Ia tersedia dalam pilihan konvensional dan Syariah. Dengan menawarkan pilihan dana yang berbeza risiko dan pulangannya, OnePRS by Kenanga menggalakkan anda untuk mula menyimpan hari ini demi masa depan anda.

Pelepasan Cukai*
Nikmati pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Pilihan
Pilih dari pilihan tetap (Pertumbuhan, Sederhana, dan Konservatif) atau pilih dana secara sendiri berdasarkan jangkaan risiko-pulangan anda untuk memenuhi keperluan persaraan. Mereka yang berumur bawah 45 tahun boleh memilih Dana Pertumbuhan; mereka yang berumur antara 45 hingga 54 tahun boleh memilih Dana Sederhana, manakala mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas disarankan memilih Dana Konservatif.


Fleksibiliti
Mudah bagi pelabur untuk membuat caruman tetap (bulanan atau tahunan) melalui debit terus atau pemindahan dalam talian.
Pilihan Syariah & Konvensional
Untuk pilihan yang lebih luas, kami menawarkan pilihan dana Konvensional dan Syariah di bawah OnePRS by Kenanga.

Berminat dengan OnePRS by Kenanga?
Ketahui lebih lanjut!