Sebagai sebuah jenama tempatan yang inovatif dan kukuh, hasrat / aspirasi digital Kumpulan Kenanga termasuk membina sebuah ekosistem digital yang mantap untuk memenuhi keperluan pelanggan dan perniagaan. Antara produk Kumpulan Kenanga yang paling inovatif ialah platform pembrokeran stok digital dalam talian sepenuhnya di Malaysia, iaitu Rakuten Trade, dan robo-advisor A.I. sepenuhnya, Kenanga Digital Investing. Kumpulan Kenanga juga melancarkan e-dompet pembrokeran sekuriti yang pertama di Malaysia iaitu Kenanga Money, menerajui perdagangan kuantitatif dan algoritma berpandukan A.I., memulakan penyelesaian pembiayaan rantaian bekalan revolusioner untuk PKS, serta memasuki ruang aset digital melalui pelaburan dalam Tokenize Technology (M) Sdn.Bhd.
Kumpulan Kenanga telah memperoleh pelbagai anugerah yang mencerminkan kedudukan kukuhnya di pasaran. Anugerah yang diterima termasuk kategori seperti Highest Returns to Shareholder Over Three Years (Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Selama Tiga Tahun), Best Overall Equities Participating Organisation (Peserta Organisasi Ekuiti Terbaik) oleh Bursa Malaysia, Best Overall Derivatives Trading Participant (Peserta Dagangan Derivatif Terbaik), Best Structured Warrant Issuer (Penerbit Waran Berstruktur Terbaik), Best Retail Equities Participating Organisation (Peserta Organisasi Ekuiti Runcit Terbaik), Best Institutional Equities Participating Organisation Investment Bank (Peserta Organisasi Bank Pelaburan Ekuiti Institusi Terbaik); bersama-sama dengan Best Trading Participant (Peserta Dagangan Terbaik) dan Best Institutional Equities Participating Organisation (Peserta Organisasi Ekuiti Institusi Terbaik) dan Equity and Financial Derivatives (Derivatif Ekuiti dan Kewangan) selama 18 tahun berturut-turut. Kumpulan Kenanga juga dianugerahkan kategori Best Institutional Derivatives Trading (Dagangan Derivatif Institusi Terbaik) oleh Bursa Malaysia.
Kumpulan Kenanga juga terus menerima penghargaan industri yang cemerlang, termasuk anugerah daripada Lipper, Fundsupermart dan Morningstar. Rakuten Trade, broker sekuriti digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia sejak 2017 hasil usaha sama dengan gergasi fintech (teknologi kewangan) Jepun, Rakuten Securities Inc, juga dinamakan sebagai syarikat fintech Malaysia terbaik pada tahun 2018 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dalam aspek khidmat masyarakat dan kesukarelawanan pekerja, Kumpulan Kenanga dianugerahkan Syarikat Terbaik untuk Alam sekitar dan Kemampanan di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2021. Kumpulan Kenanga juga merupakan Peserta United Nations Global Compact (UNGC) dan mematuhi pendekatan berasaskan prinsip UNGC terhadap perniagaan yang bertanggungjawab.
Kini, Kenanga Investment Bank Berhad merupakan sebuah bank pelaburan bebas terkemuka dan beranugerah di negara ini yang terus komited untuk memacu kerjasama, inovasi, pendigitalan dan kemampanan dalam pasaran.