Kebolehcapaian & Pengesetan

Kebolehcapaian & Pengesetan

DEACTIVATE READER VIEW

Kemampanan

Sebagai salah satu bank pelaburan terkemuka di negara ini, kami mengiktiraf peranan kami dalam menyumbang kepada pertumbuhan mampan melalui penerapan amalan mampan ke dalam operasi dan kegiatan perniagaan kami untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang dan penciptaan nilai.

RANGKA KERJA ESG KAMI

Rangka Kerja ESG kami yang baru dibangunkan berfungsi sebagai titik tumpuan yang membimbing kami untuk menyatakan aspirasi kemampanan kami untuk tempoh jangka panjang. Berpaksikan empat (4) tonggak kemampanan utama – Pertumbuhan Ekonomi Mampan, Pengawasan Alam Sekitar, Memperkasa Rakyat dan Komuniti, serta Tadbir Urus Yang Baik – rangka kerja ini membimbing usaha kami untuk menangani isu-isu ESG yang perlu untuk perniagaan kami dan selari dengan strategi serta sasaran kami.

TONGGAK KAMI

PERTUMBUHAN EKONOMI YANG MAMPAN

Mengintegrasikan faktor ESG ke dalam keputusan perniagaan dan rantaian nilai kami dan menguruskan risiko serta peluang ESG sambil kami berinovasi untuk membina masa depan yang mampan.

PENGAWASAN ALAM SEKITAR

Menggalakkan budaya positif iklim dalam organisasi dan pihak berkepentingan luar yang berkaitan untuk mencapai ekonomi karbon rendah.

MEMPERKASA RAKYAT DAN KOMUNITI

Mewujudkan impak yang positif untuk pekerja, pelanggan, rakan perniagaan, serta komuniti yang memerlukan.

TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK

Memimpin perniagaan yang bertanggungjawab disokong oleh budaya pematuhan yang mantap dan piawai etika yang tinggi.

BIDANG FOKUS UTAMA KAMI

Pertumbuhan Ekonomi yang Mampan

Pelaburan Bertanggungjawab

Menerapkan faktor ESG ke dalam proses pelaburan kami, menawarkan dan mempromosi produk dan penyelesaian yang mampan dan mengambil peranan pengawasan yang aktif dalam syarikat-syarikat di mana kami melabur.

Pendigitalisan

Memanfaatkan kemajuan teknologi untuk membangunkan produk dan penyelesaian yang selamat, bermakna dan inovatif yang akan membantu membentuk masa depan pelaburan.

PENJAJARAN DENGAN SDG PBB

Matlamat 1

Meningkatkan sokongan terhadap kegiatan ekonomi yang mampan.

Matlamat 2

Mengangkat strategi awan dahulu untuk meningkatkan kebolehskalaan dan fleksibiliti.

Matlamat 3

Meningkatkan automasi untuk produktiviti.

Matlamat 4

Meningkatkan pengedaran produk dan perkhidmatan digital.

Pengawasan Alam Sekitar

Kesan Iklim

Bertanggungjawab terhadap risiko dan peluang iklim operasi kami dengan memantau prestasi alam sekitar kami, serta mengenal pasti dan mengamalkan tingkah laku untuk menggalakkan tindakan dan hasil yang bersifat positif iklim.

PENJAJARAN DENGAN SDG PBB

Matlamat 1

Mempercepatkan penyahkarbonan perusahaan.

Matlamat 2

Membina kesedaran, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan pekerja dan pihak berkepentingan menyumbang secara positif kepada tindakan iklim.

Memperkasa Rakyat dan Komuniti

Kepelbagaian, Keterangkuman dan Kesejahteraan

Memupuk budaya tempat kerja yang saksama serta mengiktiraf keperluan dan sumbangan unik pekerja dan di mana hak, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja diangkat.

Pelaburan Komuniti

Meningkatkan celik kewangan pelabur dan masyarakat melalui pendidikan. Mendekati komuniti yang memerlukan melalui pelaburan sosial yang tersasar dan kesukarelawanan pekerja.

PENJAJARAN DENGAN SDG PBB

Matlamat 1

Mengekalkan dan menggalakkan kepelbagaian tenaga kerja serta mengekalkan budaya anti diskriminasi.

Matlamat 2

Menerapkan kesihatan mental sebagai topik kesejahteraan keseluruhan pekerja.

Tadbir Urus Korporat yang Baik

Kelakuan Perniagaan yang Baik

Menggalakkan dan menerapkan kelakuan perniagaan yang baik dan integriti yang tinggi di seluruh organisasi, beroperasi secara beretika dan telus serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

PENJAJARAN DENGAN SDG PBB

Matlamat 1

Semua perkara penting perlu disokong oleh dasar dan prosedur yang mencukupi selaras dengan amalan terbaik dan keperluan kawal selia.

Matlamat 2

Memimpin kesedaran penipuan industri melalui program perdana yang bersifat interaktif.

Dasar & Rangka Kerja Utama

Di Kumpulan Kenanga, budaya beretika membentuk asas bagi semua yang kami lakukan dan mencorak semua yang kami impikan.

Maklumat Lanjut

Laporan Tematik ESG

Oleh Kenanga Research

Maklumat Lanjut

Hubungan Berkenaan Kemampanan

+603 2172 2888

groupmarcomm@kenanga.com.my

RAKAN KONGSI KAMI

Produk & Perkhidmatan

Untuk pelabur, terokai solusi kami

Ketahui dengan lebih lanjut tentang cara solusi kami dapat membantu anda untuk mencapai cita-cita profesional and objektif perniagaan anda.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.