-
2022
- Kenanga melancarkan Kenanga Digital Investing ("KDI"), robo-advisor terkini di pasaran yang bersifat automatik sepenuhnya dan dipacu oleh kecerdasan buatan (A.I.). KDI mencapai lebih RM100 juta dalam bentuk aset di bawah pengurusan (AUM) setelah hanya dua bulan sejak pelancaran KDI pada pertengahan Februari lalu.
- Kenanga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Ant Group untuk melancarkan Wealth SuperApp buat pertama kalinya di Malaysia.
-
2021
- Kenanga Investment Bank mengambil alih i-VCAP Management Sdn Bhd ("i-VCAP") melalui KIB, anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya.
- Melalui cabang ekuiti swasta yang dimiliki sepenuhnya iaituKenanga Private Equity Sdn Bhd, Kenanga Investment Bank telah memeterai sebuah perjanjian bersyarat untuk memperoleh 19.0% kepentingan ekuiti dalam Tokenize Technology (M) Sdn Bhd (Tokenize Malaysia).
- Kenanga menjadi bank pelaburan yang pertama di Malaysia untuk menyertai inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia, iaitu United Nations Global Compact ("UN Global Compact").
-
2020
- Kenanga Investment Bank memperoleh lesen Digital Investment Management (DIM) daripada Suruhanjaya Sekuriti.
- Anak syarikat KIBB, Kenanga Capital Islamic Sdn Bhd (KCI), menjalin kerjasama dengan Bay Group Holdings Sdn Bhd (CapBay), sebuah syarikat pembiayaan rantaian bekalan digital beranugerah.
- Kenanga menjalin bekerjasama dengan Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) untuk memperkenalkan e-dompet broker stok pertama Malaysia, iaitu Kenanga Money.
- Kenanga Group telah memperoleh 4.99% kepentingan ekuiti dalam Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), pemain e-duit terkemuka di Malaysia dan pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang terbesar di negara ini.
-
2019
- Kenanga Investment Bank Berhad melancarkan alat Live Matrix untuk peniaga waran berstruktur.
- Kenanga Investors mengambil alih Libra Invest.
- Kenanga Investors melancarkan Remisier Portal.
- YM Tan Sri Dato' Tengku Noor Zakiah melancarkan autobiografi beliau.
-
2018
- Kenanga Investors Group, yang terdiri daripada Kenanga Investors Berhad dan Kenanga Islamic Investors Berhad menjadi juara di bawah kategori Transparency Award di MARC League Manager Lead Table Awards.
- Kumpulan Kenanga telah diberi CSR Award yang menjadi rebutan ramai bagi kategori Investment Bank oleh CSR Malaysia.
- Kenanga berkolaborasi dengan Yuanta Securities untuk menawarkan ETF.
- Kumpulan Kenanga menjadi syarikat pertama yang digelar Peserta Organisasi Paling Inovatif oleh Bursa Malaysia.
- Kumpulan Kenanga telah disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records kerana menganjurkan “First Live Stock Trading Challenge” ("Cabaran Dagangan Stok Langsung Pertama") untuk KenTrade Trading Challenge III.
-
2017
- Kenanga Investors melancarkan dana Kecerdasan Buatan pertama syarikat tersebut, iaitu Kenanga Global Multi Asset Fund.
- Kenanga melancarkan KenTrade Trading Challenge III. Sebuah Cabaran Dagangan Pasaran pertama dengan wang tunai sebenar – sebanyak RM 1 Juta Tunai Sebenar Untuk Dagangan Langsung di Grand Challenge.
- Kenanga Investment Bank menandatangani Memorandum Persefahaman dengan MIMOS.
- Kenanga Investment Bank memperkenalkan Pembiayaan Margin Islam yang pertama seumpamanya di pasaran menggunakan komoditi Murabahah dengan ciri roll-over prinsipal.
-
2016
- Kumpulan Kenanga menjalankan Langkah Penstrukturan Semula Korporat.
- Kenanga Investment Bank menandatangani Perjanjian Usaha Sama dengan Rakuten Securities, Inc.
- Kenanga melancarkan Cabaran Dagangan Waran syarikat yang pertama – NagaWarrants Warrior Challenge 2016.
- Kenanga Investment Bank tersenarai di Sekuriti Bursa Malaysia dan menyelesaikan Langkah Penstrukturan Semula Korporat.
- Usaha sama Kenanga dengan Rakuten mendapat Kelulusan Secara Dasar daripada Suruhanjaya Sekuriti.
- Kenanga melancarkan kad kesetiaan syarikat yang pertama dengan B Infinite – Pelancaran Kenanga BCard untuk mengganjarkan para peniaga dalam talian.
-
2015
- Kenanga Investment Bank memperkenalkan Islamic Stockbroking Window (Tingkap Pembrokeran Stok Islam).
- Kumpulan Kenanga memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Yue Xiu Securities Holdings Limited.
- Kumpulan Kenanga menjadi organisasi Asia Tenggara yang pertama untuk menjalin kerjasama dengan peneraju anti penipuan global, iaitu ACFE.
Kumpulan Kenanga menjadi organisasi Asia Tenggara yang pertama untuk menjalin kerjasama dengan peneraju anti penipuan global, iaitu ACFE.
-
2014
- Bursa Malaysia menggelar Kenanga Investment Bank sebagai Broker Runcit No.1.
- KenTrade Trading Challenge dilancarkan dengan Volkswagen Jetta sebagai Hadiah Utama – suatu inisiatif yang disokong oleh Bursa Malaysia.
- YM Tan Sri Tengku Dato' Paduka Noor Zakiah Binti Tengku Ismail digelar Lady Extraordinaire (Wanita Hebat) di Women of Excellence Malaysia Awards yang diadakan pada julung kalinya pada tahun 2014.
-
2013
- Kenanga Investors Berhad menyelesaikan perolehan kepentingan sebanyak 100% dalam ING Funds Berhad.
- Kenanga Investors Berhad telah diberikan kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai Penyedia Skim Persaraan Swasta.
- ING Funds Berhad menukar nama kepada Kenanga Funds Berhad.
-
2010
- 9 April 2010: perolehan 100% kepentingan ekuiti dalam CMS Trust Management Berhad (kini dikenali sebagai Kenanga Investors Berhad) oleh Kenanga Investment Bank daripada CMS Capital Sdn Bhd dan AGI Asset Management Ltd telah selesai.
- 1 November 2010: Pemindahan Perniagaan dan Kakitangan Kenanga Fund Management Berhad (kini dikenali sebagai Kenanga Islamic Investors Berhad) kepada Kenanga Investors Berhad (dahulunya dikenali sebagai CMS Trust Management Berhad) telah selesai.
-
2007
- Kenanga Investment Bank telah diberikan lesen Perbankan Pelaburan oleh Kementerian Kewangan dan memperoleh nama kini, iaitu Kenanga Investment Bank Berhad, pada 5 Januari 2007.
-
2002
- Setelah selesainya penggabungan, Kenanga Investment Bank Berhad telah diberikan status Broker Universal oleh Suruhanjaya Sekuriti.
-
2001
- Kenanga Capital Sdn Bhd mula berniaga dalam pembiayaan saham syarikat yang diluluskan untuk penyenaraian dan sebut harga di Bursa Malaysia Securities Berhad di bawah bidang kuasa Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
- pengambil alihan anak syarikat CMS Capital Sdn Bhd ("CMS"), Sarawak Securities Sdn Bhd dan Sarawak Securities Futures Sdn Bhd, melalui terbitan saham dalam Kenanga Holdings kepada CMS; dan pengambil alihan Peninsula Securities Sdn Bhd secara tunai.
- Justeru itu CMS menjadi pemegang saham utama Kenanga Holdings dengan 25.13% kepentingan ekuiti.
-
1997
- Kenanga Capital Sdn Bhd mula berniaga dalam pembiayaan saham syarikat yang diluluskan untuk penyenaraian dan sebut harga di Bursa Malaysia Securities Berhad di bawah bidang kuasa Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
-
1996
- Kenanga Holdings memperoleh keseluruhan modal saham terbitan dan berbayar Kenanga Investment Bank melalui terbitan saham baharu dalam Kenanga Holdings kepada pemegang saham sedia ada Kenanga Investment Bank.
- Kenanga Holdings telah disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 8 Oktober 1996.
-
1994
- Sebuah syarikat induk iaitu K & N Kenanga Holdings Berhad telah ditubuhkan pada 7 Jun 1994.
-
1991
- Deutsche Asia Pacific Holdings Pte. Ltd. menjadi pemegang saham apabila ia memperoleh pegangan saham John Hancock International Holdings Inc. ("John Hancock") sebanyak 30% dalam Kenanga Investment Bank.
-
1989
- John Hancock memperoleh 30% kepentingan ekuiti dalam Kenanga Investment Bank.
-
1973
- Pengerusi, YM Tengku Dato' Paduka Noor Zakiah Binti Tengku Ismail, telah diberikan lesen pembrokeran stok.
- YM Tengku Dato' Noor Zakiah dan rakan kongsi perniagaannya, Tuan Haji Kamaruddin bin Taha, memperbadankan K & N Kenanga Sdn Bhd, kini dikenali sebagai Kenanga Investment Bank Berhad dengan modal saham terbitan dan berbayar sebanyak RM2 juta. Syarikat tersebut menjadi salah satu rumah pembrokeran pertama di Malaysia.
- YM Tengku Dato' Noor Zakiah diiktiraf sebagai Ahli Wanita pertama yang diterima oleh Bursa Malaysia Securities Berhad.